Posted by: punk3iz on: May 4, 2009

Budak ini sedang dicari oleh Muse dan Tai. Kepada yang mempunyai maklumat, sila hubungi Muse atau Tai dengan kadar segera.
Sekarang aku ada kat Rumah aku yang terletak kat UUM. Aku baru je lepas urus belian-belian dari pengunjung eBay. Hari ni dapat la jual 8 item, Alhamdulillah. 7 daripadanya belian dari store. 2 hari lepas,aku dah uruskan pengeluaran duit hasil eBay kitorang. Untuk bayar fee ebay (yang agak cekik darah..hehe) dan bahagi-bahagikan kepada tiga orang shareholder (Muse,Tai dan Hazaly Rempit.) . Dapat la sorang sikit (Alhamdulillah,rezeki).
Sebut bab shareholder ni,ada satu misteri menyelubungi aku. Mana si Hazaly ni pergi? tolong pilih jawapan yang sesuai dibawah :
A) Hazaly tengah support ARIL kaw-kaw untuk AFMASUK Akademi Fantasia.
B) Tengah buat baik dengan TOMOK sebab TOMOK dah jadik jutawan.
C) Tengah sibuk jadi pelakon tambahan dalam DIMENSI CINTA.
D) Tengah sibuk untuk apply kos elektrik di politeknik yang berdekatan dengan rumah beliau.
Aku pun tak tahu mana satu jawapannya. Sebab dah lama dia tak online. Kalau dia terbaca post aku kali ni,aku harap dia dapat online. Actually,RMTeam dah rancang nak expand our business,tapi rancangan kena ada ko. So,apa-apa pun,please online untuk membincangkan pasal perancangan ni. (seriyes ni…)
Baru jer sampai kat umah ni, aku dapat lagi tawaran SPA8 , kali ni interview ‘pembantu antidadah’ plak..huhu. Kena la test urine 19 May nanti. haha. Okay setakat ni jer entri kali ni, aku nak isi borang-borang jawatan kosong yang kerajaan Kedah tawarkan. Satu seringgit satu borang ni,rugi jer kalau tak isi. huhu. Apa pun jawapan korang pasal si Hazaly tu, aku tak tahu betul ke tak,hanya dia dan Dia yang mengetahui.
pagi2 je die online tai.. hahahaha…pc die xkuar ikon.. oii.. bape kuarkan tuh? wawawa
Tai, aku dh tau mana budak ni pegi…
Aku nampak dia di TV3…
Jadi juri awam mentor…hahaha
May 4, 2009 at 4:07 pm
jawapannya: pc rosak.. xtau r knape xleh repair… tp setiap pagi terserempak ngn aku kt facebook…wakaka woi hazaly! online la ko!! MARAH NEH!!
May 4, 2009 at 4:24 pm
haha~! aku mati2 ingat dia tengah senang lenang sebab TOMOK payung dia..