Blog TJ | TaiJambang

Wang hasil eBay sudah withdraw tapi dimana Hazaly?

Posted by: punk3iz on: May 4, 2009

Budak ini sedang dicari oleh Muse dan Tai. Kepada yang mempunyai maklumat, sila hubungi Muse atau Tai dengan kadar segera.

Sekarang aku ada kat Rumah aku yang terletak kat UUM. Aku baru je lepas urus belian-belian dari pengunjung eBay. Hari ni dapat la jual 8 item, Alhamdulillah. 7 daripadanya belian dari store. 2 hari lepas,aku dah uruskan pengeluaran duit hasil eBay kitorang. Untuk bayar fee ebay (yang agak cekik darah..hehe) dan bahagi-bahagikan kepada tiga orang shareholder (Muse,Tai dan Hazaly Rempit.) . Dapat la sorang sikit (Alhamdulillah,rezeki).

Sebut bab shareholder ni,ada satu misteri menyelubungi aku. Mana si Hazaly ni pergi? tolong pilih jawapan yang sesuai dibawah :

A) Hazaly tengah support ARIL kaw-kaw untuk AFMASUK Akademi Fantasia.

B) Tengah buat baik dengan TOMOK sebab TOMOK dah jadik jutawan.

C) Tengah sibuk jadi pelakon tambahan dalam DIMENSI CINTA.

D) Tengah sibuk untuk apply kos elektrik di politeknik yang berdekatan dengan rumah beliau.

Aku pun tak tahu mana satu jawapannya. Sebab dah lama dia tak online. Kalau dia terbaca post aku kali ni,aku harap dia dapat online. Actually,RMTeam dah rancang nak expand our business,tapi rancangan kena ada ko. So,apa-apa pun,please online untuk membincangkan pasal perancangan ni. (seriyes ni…)

Baru jer sampai kat umah ni, aku dapat lagi tawaran SPA8 , kali ni interview ‘pembantu antidadah’ plak..huhu. Kena la test urine 19 May nanti. haha. Okay setakat ni jer entri kali ni, aku nak isi borang-borang jawatan kosong yang kerajaan Kedah tawarkan. Satu seringgit satu borang ni,rugi jer kalau tak isi. huhu. Apa pun jawapan korang pasal si Hazaly tu, aku tak tahu betul ke tak,hanya dia dan Dia yang mengetahui.

Champion League – Liverpool VS Chelsea

Posted by: punk3iz on: April 14, 2009

liverpool-fc-crest

Walaupun ketinggalan 3 – 1 pada perlawanan lepas, Liverpool tetap cuba bangkit dengan menjaringkan 2 gol pada separuh masa pertama menerusi sepakan percuma yang cantik dari Fabio Aurelio dan sepakan penalti oleh Xabi Alonso.

Keputusan akhir perlawanan ni adalah 4-4 tetapi Liverpool tetap kecundang kerana Chelse menang agregate 7-5. Walaupun Liverpool kalah,tetapi aku puas hati dapat tengok perlawanan yang fight kali ni dan Liverpool mampu buat penyokong Chelsea tak senang duduk. (Hehe) Liverpool dah buktikan kekuatan Liverpool bukan pada Steven Gerrard jer,tapi kekuatan pasukan.

Aku rasa Rafael Benitez kena cari lagi pemain pertahanan yang hebat sebab aku tengok pertahanan Liverpool sangat rapuh. Senang-senang jer Drogba (selalu buat-buat sakit..tension aku!) bolos masuk ke kotak penalti.

Apa-apa pun, aku anugerahkan pemain terbaik malam ni pada Fabio Aurelio sebab bagi gol dengan sepakan percuma yang cantik dan mengelirukan Peter Cech (goalkeeper Chelsea pakai helmet masa main bola..keselamatan penting!)

Thanks Liverpool,Thanks Rafael Benitez,Thanks Fabio Aurelio.

FA Cup dah lepas, Champion League dah lepas, kita kejar kejuaraan untuk EPL plak~!

Liverpool akan lawan Arsenal untuk EPL nanti,aku harap perlawanan ni pun akan fight!

You will never walk alone!

p/s: Aku nak masuk Liverpool Supporters Club of Malaysia,siapa nak join lagi?

Perpisahan Share Partner Ebay UiTM!

Posted by: punk3iz on: April 13, 2009

Tanggal 11hb April 2009, aku,Eddy Rempit dan Muse berpisah tetapi still mempunyai haluan yang sama iaitu menjadi salah seorang ‘eBay PowerSeller’. Kalau nak ingat,kitorang dah tempuhi banyak dugaan dan dapat merasa jugak kejayaan.

Dah settle pasal dugaan PayPal, kitorang dikejutkan dengan dugaan pembekal. Kitorang terpaksa korbankan untung kitorang untuk memastikan semua berjalan lancar. Sekarang, kitorang tengah mengutip balik keuntungan yang kitorang dah korbankan haritu. Setiap hari,ada jer orang yang membeli. Alhamdulillah. Ini salah satu sebab aku suka pasal eBay, kita cuma listkan barang dalam website eBay je,tak payah susah-susah nak promote sana-sini.

Jika Labanon ada business partner yang hebat,Zhafran. Aku pun ada dua orang business partner yang hebat iaitu Muse and Eddy Rempit. Jadi aku tak ada alasan lagi untuk tidak teruskan perjuangan kitorang ni.

Thanks kepada Muse yang tak mudah patah semangat dan sentiasa percaya eBay adalah laluan yang betul. Thanks kepada Eddy Rempit sebab sentiasa memudahkan kerja-kerja berkaitan dengan business kita. Aku harap kita akan capai apa yang kita nak. (Kita ada tiga otak..)

Aku dengar cerita Eddy Rempit akan attend seminar Sifu Lan,aku tak dapat berita lagi dari dia. Kalau dia pegi, bleh la dia jumpa dengan kembar dia, Bro Shahraduan. (Muka diorang memang lebih kurang kalau Eddy simpan misai..hehe) :D Satu lagi muka Sifu Lan korang nampak ada iras-iras Akmal Rizal Rakhli tak?

p/s: Gambar diatas merupakan perasmian perpisahan kitorang di Pantai Tok Bali.. :) (Thanks kepada Olan,Kathy,Paan and Uje kerana sudi bersama kitorang untuk terakhir kali..)

Daftar Akaun Download Provider secara Percuma!

Posted by: punk3iz on: March 2, 2009

logo-1.jpg atas picture by punk3iz

Download Provider merupakan salah satu website yang memberikan pelawat diorang memuat turun movie,lagu,games dan software komersial dengan percuma (tak percuma sangat la sebab korang kena bayar untuk bukak akaun sebanyak USD4.95 lebih kurang RM15 la)

Post ni aku buat untuk jimatkan duit korang daripada membazir untuk satu akaun kat download provider tu. Aku dah dapat satu akaun, and aku tak pernah download apa-apa pun sebab tak ada benda apa-apa yang menarik minat aku dalam tu. (teringin jugak nak download movie,tapi internet connection plak laju sangat tak laju)

Dibawah ni aku sediakan step by step untuk korang bukak akaun korang sendiri. (jika method ni korang buat tak menjadi,bagitau aku, aku akan try register untuk korang)

  • Korang pegi website download provider di SINI.
  • Pastu korang klik link “Sign Up” macam gambar dibawah ni.

1-3.jpg tut1 picture by punk3iz

  • Lepas klik link tu,korang akan dapat nampak borang macam gambar dibawah ni.

2-2.jpg tut2 picture by punk3iz

  • Masukkan email korang dan password korang kat borang tu,pastu klik butang “Sign Me Up!”. Korang akan dapat page macam gambar dibawah.

3-1.jpg tut3 picture by punk3iz

  • Kat ruangan Activation code tu,korang masukkan 7 digit nombor rawak yang terlintas dalam kepala hotak korang. Jika kombinasi nombor yang korang cuba tadi tak menjadi,korang try dengan kombinasi 7 digit nombor rawak yang lain. Teruskan jika tak berjaya sampai la korang dapat page macam gambar kat bawah ni.

4-1.jpg tut4 picture by punk3iz

  • Page ni bermakna akaun korang dah verify and korang dah boleh login dalam akaun “berbayar” korang tu dan download semua benda yang ada dalam tu. ;)

Harap cara ni menjadi,jika korang ada masalah dalam mendaftar akaun percuma “berbayar” ni,tinggalkan komen kat bawah and aku akan tengok cara ni releven lagi atau tak. Selamat mendownload! Jangan lupa kongsi dengan kawan-kawan lain cara ni,barang baek jangan disimpan,tak baik. hehe. :D

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.